Sebuah Cerita mengenai Ketulusan,
Semangat dan Kesempurnaan.

Selamat Datang ke Al-Mas, setiap titisan air menceritakan
kisah mengenai kesucian dan kualiti air yang tiada bandingan. Janji kami bukan sekadar memenuhi keperluan anda, ia adalah satu kesungguhan untuk memberi yang terbaik kepada anda.

Pilihan anda memberi Impak.
Setiap kotak yang dijual, sumbangan akan dibuat ke Palestin.

Kenapa Memilih Air Al-mas?

Dengan Al-mas, anda bukan hanya memilih air; anda juga memilih gaya hidup sihat dan lestari.

Penghantaran Disediakan

Anda tidak perlu bersusah-payah untuk mengambil sendiri air daripada kami kerana air akan dihantar terus kepada anda. Mudah dan menjimatkan masa, bukan?

Dijamin Bersih

Kilang pembotolan Air Almas kami di Shah Alam bersih, selamat dan suci serta menepati syarat pengilangan air minuman.

Komited dan Berpengalaman

Pengalaman yang luas dalam pengilangan air minuman membuatkan kami komited mengeluarkan air terbaik untuk anda nikmati.

Dijamin Halal

Air Almas telah disahkan lulus pensijilan halal oleh JAKIM Malaysia.

Pilihan Ideal Untuk Semua

Sesuai dan mudah untuk diminum oleh bukan sahaja seisi keluarga di sebarang majlis keraian bahkan juga oleh para pekerja di pejabat.

Jaminan Sumber Air Yang Baik

Kami memberi jaminan sumber air yang lebih baik, bersih dan mudah untuk diminum semasa hari raya, kenduri atau majlis ilmu.

Pilihan yang selamat. Pilihan yang mudah.
Pilihlah Air Almas untuk memenuhi semua keperluan air minuman anda.

Apa itu Air RO

RO adalah reverse osmosis (osmosis berbalik). Air akan ditapis dengan menggunakan penapis karbon dan membran yang sangat halus untuk mengelakkan bahan-bahan pencemaran air.

Sistem penapisan RO sudah terbukti dan tersohor dalam kalangan pembeli kerana menawarkan air yang bersih dan selamat untuk diminum.

Ketahui Kelebihan Air RO


Bersih dari bendasing
Rasa yang Asli
Tidak Berbau
Bebas dari Bahan Kimia